Kami hanya menghantar ke Malaysia untuk pesanan dalam talian. Cari kedai / wakil jualan berhampiran anda di sini
Kami hanya menghantar ke Malaysia untuk pesanan dalam talian.
Cari kedai / wakil jualan berhampiran anda di sini
logo DR's Secret
DR's Secret Booster Essence DR's Secret Booster Essence DR's Secret Booster Essence DR's Secret Booster Essence DR's Secret Booster Essence DR's Secret Booster Essence DR's Secret Booster Essence

Booster Essence

Tingkatkan penjagaan kulit anda dengan penggalak penghantaran mikro Spi-Q

*Warna produk mungkin berbeza-beza kerana keunikan bahan semula jadi. Kualiti produk tidak terjejas.

30 ml / 1 fl oz

Buatan Singapura





KEMBALI KE PRODUK



Sinergi melalui formulasi yang direka khas

Dikuasakan oleh Spi-Q

Booster Essence meningkatkan penembusan Kompleks SC-MPI dalam BioSC Ampoule untuk meningkatkan hasil peremajaan kulit.

Gandingan unggul untuk
pembaharuan kulit termaju

Terbukti secara klinikal^ meningkatkan keberkesanan BioSC Ampoule untuk mengoptimumkan peremajaan kulit

38%1

lebih berkesan dalam meningkatkan ketumpatan kulit

34%2

lebih berkesan dalam mengurangkan penampilan kedutan

31%3

lebih berkesan dalam mengurangkan Kehilangan Air Transepidermis (TEWL)

22%4

lebih berkesan dalam meningkatkan kelembapan kulit

^Berdasarkan kajian instrumental yang dijalankan terhadap 33 orang dewasa berumur antara 35 hingga 58 tahun selama 28 hari oleh makmal saintifik bebas.

Dapatkan kulit yang kelihatan lebih tegang dalam hanya 28 hari*

BioSC Ampoule
Ultrasound Results BioSC Ampoule
Booster Essence + BioSC Ampoule
Ultrasound Results BioSC Ampoule with Booster Essence
Warna putih hingga kuning pucat yang lebih pekat mencerminkan ketumpatan kulit yang lebih tinggi.

*Berdasarkan pengimejan menggunakan prob ultrabunyi yang dijalankan terhadap 33 orang dewasa berumur antara 35 hingga 58 tahun selama 28 hari oleh makmal saintifik bebas.​

Rasai pengalaman membangkitkan kesegaran
kulit yang lebih mendalam dengan Spi-Q

Sistem penghantaran mikro berketepatan tinggi yang direka untuk mengoptimumkan penghantaran Kompleks SC-MPI bagi meningkatkan keberkesanannya

Spikula bersalut Ekstrak Centella Asiatica (Cica) membentuk saluran mikro untuk penembusan yang lebih mendalam

Cara ia berfungsi

1.

Spi-Q menembusi lapisan luar kulit dan membentuk saluran mikro.

2.

Saluran mikro ini membolehkan penyerapan Kompleks SC-MPI yang lebih mendalam dan berkesan.

3.

Spi-Q akan tertanggal secara semula jadi melalui proses pembaharuan kulit, biasanya dalam tempoh beberapa hari dan sehingga 7 hari, bergantung pada keadaan kulit setiap individu.

Diperkaya dengan bahan aktif yang menenangkan kulit dan menyokong lapisan pelindung kulit

Bahan aktif yang menenangkan kulit
Dipotassium Glycyrrhizate

Menenangkan kulit dengan mengurangkan ketidakselesaan berkaitan sensitiviti

Palmitoyl Tripeptide-8

Peptida yang memberikan kesan menenangkan melalui pelbagai laluan untuk membantu melegakan kulit yang teriritasi dan mengalami tekanan

Bahan aktif yang menguatkan lapisan pelindung kulit
Niacinamide

Menyokong penghasilan ceramide dan lipid lain secara semula jadi dalam kulit yang penting untuk lapisan pelindung kulit yang sihat

Betaine

Menyokong integriti lapisan pelindung kulit bagi meningkatkan daya tahan kulit

Bahan aktif dengan tindakan berganda
Panthenol (Provitamin B5)

Menenangkan kulit dan menguatkan lapisan pelindung kulit dengan mengurangkan TEWL

Beta-glucan

Menenangkan kulit, menguatkan lapisan pelindung kulit dan menyokong pembaharuan kulit

SENARAI LENGKAP SEMUA BAHAN

Cara Penggunaan

  1. Gunakan sebagai langkah pertama dalam rutin penjagaan kulit pada waktu malam.
  2. Selepas membersihkan wajah, sapukan secukupnya pada wajah sambil mengelakkan kawasan mata dan bibir.
  3. Ratakan dan tekan perlahan-lahan pada kulit untuk membantu penyerapan.
  4. Setelah diserap sepenuhnya, gunakan BioSC Ampoule sebagai langkah seterusnya.
  5. Kemudian, gunakan pelembap.
  6. Pada waktu pagi, gunakan Sunscreen 5 atau Sunscreen Matte 5M.

Anda mungkin mengalami sensasi kesemutan atau rasa mencucuk ringan semasa penggunaan.

Ini merupakan tindak balas kulit yang normal dan biasanya akan reda dalam tempoh beberapa jam. Keamatan sensasi bergantung pada tindak balas kulit setiap individu.

Panduan Keselamatan Semasa Menggunakan Booster Essence

  • Sentiasa lakukan ujian tampalan sebelum penggunaan.
  • Elakkan penggunaan bersama produk yang mengandungi asid pengelupasan, vitamin C atau bahan lain yang berpotensi menyebabkan kerengsaan.
  • Elakkan penggunaan bersama peranti kecantikan.
  • Elakkan penggunaan pada kulit yang terluka atau mengalami kerosakan.
  • Elakkan menggosok atau mengurut kulit dengan kuat.

FAQ

Berapa kerapkah saya perlu menggunakan Booster Essence?

Booster Essence diformulasikan untuk penggunaan harian. Kami mengesyorkan agar ia digunakan pada waktu malam sebagai langkah sebelum BioSC Ampoule. Memandangkan keadaan kulit, tahap sensitiviti dan toleransi berbeza bagi setiap individu, kekerapan penggunaan boleh disesuaikan mengikut keperluan dan kesesuaian kulit masing-masing.

Kami juga mengesyorkan agar ujian tampalan dilakukan sebelum penggunaan dengan menyapu sedikit produk di belakang telinga atau pada bahagian dalam lengan untuk memeriksa sebarang tanda sensitiviti atau kerengsaan. Selain itu, mulakan dengan kekerapan penggunaan yang lebih rendah (contohnya, gunakan dua kali seminggu berbanding setiap hari) dan sesuaikan kekerapan penggunaan mengikut kesesuaian kulit.



Mengapakah saya perlu mengelakkan penggunaan Booster Essence di sekitar kawasan mata dan bibir?

Kulit di sekitar mata dan bibir adalah lebih nipis dan halus berbanding bahagian wajah yang lain, menjadikannya lebih sensitif terhadap bahan penjagaan kulit yang intensif seperti spikula. Penggunaan Booster Essence pada kawasan ini boleh menyebabkan ketidakselesaan, kemerahan atau kerengsaan.

Bagi memastikan penggunaan yang selamat dan berkesan, sapukan Booster Essence hanya pada kawasan yang kurang sensitif seperti pipi dan dahi.



Saya mengalami sensasi kesemutan atau rasa mencucuk apabila menggunakan Booster Essence. Adakah ini normal?

Ya, Booster Essence mengandungi spikula semula jadi bersaiz mikro berbentuk seperti jarum yang mungkin menyebabkan sensasi kesemutan atau rasa mencucuk ringan apabila digunakan.

Ini merupakan tindak balas kulit yang normal dan sensasi tersebut biasanya akan reda dalam tempoh beberapa jam. Keamatan sensasi mungkin berbeza bergantung pada tahap sensitiviti dan toleransi kulit setiap individu.

Semua pengguna digalakkan untuk melakukan ujian tampalan sebelum penggunaan dan memulakan dengan kekerapan penggunaan yang lebih rendah, seperti sekali setiap tiga hari atau dua kali seminggu, sebelum meningkatkan kekerapan penggunaan secara beransur-ansur mengikut toleransi kulit.

Sekiranya berlaku kerengsaan atau ketidakselesaan yang berterusan, hentikan penggunaan dan dapatkan nasihat perubatan.



Adakah spikula akan menyebabkan kerengsaan kulit?

Spikula dalam Booster Essence disaluti dengan Ekstrak Centella Asiatica untuk membantu menenangkan kulit dan meminimumkan potensi kerengsaan semasa penggunaan. Bagi meningkatkan keselesaan kulit, formulanya turut diperkaya dengan bahan penjagaan kulit seperti Panthenol, Dipotassium Glycyrrhizate, Palmitoyl Tripeptide-8 dan Beta-Glucan untuk menjadikan produk lebih lembut pada kulit.

Memandangkan tahap sensitiviti kulit berbeza bagi setiap individu, semua pengguna digalakkan untuk melakukan ujian tampalan sebelum penggunaan dan memulakan dengan kekerapan penggunaan yang lebih rendah, seperti sekali setiap tiga hari atau dua kali seminggu, sebelum meningkatkan kekerapan penggunaan secara beransur-ansur mengikut toleransi kulit. Elakkan menggunakan Booster Essence pada kulit yang terluka atau mengalami kerosakan.



Memandangkan spikula boleh menembusi kulit, adakah ia selamat digunakan?

Ya, spikula dalam Booster Essence adalah selamat untuk kulit apabila digunakan mengikut arahan.

Spikula diperoleh secara semula jadi daripada span air tawar dan kebanyakannya terdiri daripada silika, yang stabil dan serasi dengan kulit. Selepas digunakan, spikula akan tertanggal secara semula jadi sebagai sebahagian daripada proses pembaharuan kulit dalam tempoh beberapa hari. Proses penanggalan ini mungkin mengambil masa sehingga 7 hari, bergantung pada kitaran pembaharuan kulit setiap individu.



Saya mendapati sensasi kesemutan atau rasa seperti dicucuk-cucuk tidak dapat ditahan. Apakah yang perlu saya lakukan?

Sekiranya sensasi tersebut tidak dapat ditahan, sila hentikan penggunaan. Untuk mendapatkan kelegaan segera, bersihkan kulit anda secara lembut menggunakan Cleanser dan Miraglo.

1. Bilas Miraglo sebelum digunakan.
2. Sapukan buih pencuci pada seluruh wajah.
3. Gerakkan Miraglo secara lembut pada kulit, dengan memberi tumpuan pada kawasan yang memerlukan kelegaan.
4. Bilas sehingga bersih.

Ini membantu menanggalkan spikula yang berada pada permukaan kulit. Walau bagaimanapun, bergantung pada tahap penembusan, tidak semua spikula dapat ditanggalkan menggunakan kaedah ini. Elakkan memberikan tekanan pada wajah dan biarkan spikula yang masih berada pada kulit tertanggal secara semula jadi apabila kulit mengalami proses pembaharuan.



Bolehkah Booster Essence digunakan bersama produk lain?

Ya, Booster Essence perlu digunakan bersama produk yang sesuai kerana ia berfungsi dengan membentuk saluran mikro untuk meningkatkan penyerapan produk.

Booster Essence diformulasikan khas untuk melengkapi BioSC Ampoule dan meningkatkan manfaat penjagaan kulitnya. Ia berfungsi dengan membentuk saluran mikro pada lapisan paling luar kulit bagi menyokong penghantaran secretome dengan lebih mendalam.

Untuk hasil yang optimum, sapukan BioSC Ampoule sejurus selepas Booster Essence pada waktu malam, diikuti dengan pelembap. Pada waktu siang, sentiasa gunakan Sunscreen 5 atau Sunscreen Matte 5M.

Bagi membantu mengekalkan keselesaan kulit dan meminimumkan risiko rangsangan berlebihan, elakkan menggunakan produk yang mengandungi asid pengelupasan (seperti AHA, BHA atau asid buah-buahan), vitamin C berkepekatan tinggi, retinoid atau bahan lain yang berpotensi menyebabkan kerengsaan sejurus sebelum atau selepas Booster Essence dalam rutin yang sama.

Sebagai contoh, pada waktu malam anda menggunakan Booster Essence dan BioSC Ampoule, jangan gunakan Skin Glow T3 atau C Plus Serum 7S dalam rutin yang sama, sama ada sebelum atau selepas penggunaan Booster Essence. Pada waktu lain apabila Booster Essence tidak digunakan, anda boleh memasukkan Skin Glow T3 dan C Plus Serum 7S ke dalam rutin penjagaan kulit mengikut keperluan, toleransi dan keselesaan kulit anda.

Memandangkan tahap sensitiviti kulit berbeza bagi setiap individu, pengguna digalakkan untuk memantau tindak balas kulit dan menyesuaikan penggunaan sewajarnya. Kami juga mengesyorkan agar ujian tampalan dilakukan sebelum penggunaan. Sekiranya berlaku kerengsaan, ketidakselesaan atau sebarang tindak balas yang tidak diingini, hentikan penggunaan dengan serta-merta.



Bolehkah saya menggunakan Booster Essence bersama LIF?

Kami tidak mengesyorkan penggunaan Booster Essence bersama LIF bagi meminimumkan risiko kerengsaan kulit yang teruk.



Bolehkah saya menggunakan Booster Essence sebelum dan selepas prosedur estetik?

Kami mengesyorkan agar penggunaan Booster Essence dihentikan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum menjalani sebarang prosedur estetik bagi meminimumkan risiko sensitiviti kulit atau ketidakserasian dengan rawatan selepas prosedur.

Selepas menjalani prosedur estetik, elakkan penggunaan Booster Essence sehingga kulit pulih sepenuhnya. Dalam tempoh pemulihan, anda boleh menggunakan BioSC Ampoule terus pada kulit tanpa Booster Essence.

Memandangkan tempoh pemulihan mungkin berbeza bergantung pada jenis prosedur dan keadaan kulit setiap individu, sebaiknya penggunaan Booster Essence disambung semula hanya selepas kulit pulih sepenuhnya atau mengikut nasihat pakar dermatologi atau profesional perubatan.



1 Peningkatan ketumpatan kulit sebanyak 24.31% apabila menggunakan Booster Essence + BioSC Ampoule berbanding peningkatan sebanyak 17.58% apabila menggunakan BioSC Ampoule sahaja.

2 Pengurangan panjang kedutan pada pipi sebanyak 10.66% apabila menggunakan Booster Essence + BioSC Ampoule berbanding pengurangan sebanyak 7.93% apabila menggunakan BioSC Ampoule sahaja.

3 Pengurangan TEWL sebanyak 25.59% apabila menggunakan Booster Essence + BioSC Ampoule berbanding pengurangan sebanyak 19.52% apabila menggunakan BioSC Ampoule sahaja.

4 Peningkatan kelembapan kulit sebanyak 75.16% apabila menggunakan Booster Essence + BioSC Ampoule berbanding peningkatan sebanyak 61.18% apabila menggunakan BioSC Ampoule sahaja.


*Produk kami mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa. Maklumat produk yang ditunjukkan di sini mungkin berbeza daripada pembungkusan produk, bergantung pada masa dan kawasan pembelian.