logo DR's Secret
*Ulasan dikongsi oleh pengguna sebenar dan diberikan untuk tujuan rujukan sahaja. Hasil pada setiap individu mungkin berbeza.

Masalah jerawat saya tidak kembali lagi

Carina Lau, 33

Ulasan DR's Secret - Carina Lau - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Carina Lau - selepas
Selepas

Sebelum ini, saya perlu mekap setiap hari, ditambah dengan cara pembersihan yang tidak betul, muka saya penuh dengan jerawat. Oleh kerana saya takut produk berat akan menyebabkan kulit saya lebih banyak pecah, saya akan menggunakan produk yang lebih ringan dan mengabaikan penghidratan. Pengendalian yang tidak betul seperti memicit jerawat juga mengakibatkan masalah pigmentasi dan kulit kusam.

Selepas 1 bulan menggunakan produk DR's Secret, penambahbaikan yang ketara diperhatikan. Pori saya menjadi lebih bersih dan warna kulit juga lebih cerah dan sekata.

Produk kegemaran saya ialah Refining Serum 9 kerana ia membantu menghaluskan pori saya di samping menenangkan dan menegangkan kulit.

Kini, saya telah menggunakan produk DR's Secret selama 18 bulan dan kulit saya sudah sangat stabil, pori menjadi lebih halus dengan wajah berseri-seri. Apa yang paling menggembirakan ialah saya tidak perlu lagi memakai foundation semasa keluar.

Sudah 6 tahun saya menggunakan produk DR's Secret, sampai sekarang saya masih sukakannya

Jessica Chen, 31

Ulasan DR's Secret - Jessica Chen - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Jessica Chen - selepas
Selepas

Dulu, kulit saya sensitif dengan bermasalah jerawat dan pori membesar. Saya pernah mencuba rawatan laser dan mengambil ubat untuk menstabilkan kulit saya. Tetapi selepas setahun lebih, keadaan menjadi semakin teruk.

Saya mula menggunakan produk DR's Secret 6 tahun lalu. Pada permulaannya, saya rajin mengikuti tunjuk ajar Skin Buddy saya. Dia menyemak rutin saya setiap minggu dan penambahbaikan yang ketara dapat diperhatikan dalam masa 2 bulan. Dengan penggunaan konsisten selama 5 bulan, kulit saya menjadi lebih stabil. Ramai yang bertanya-tanya tentang rahsia saya!

Saya mementingkan penghidratan kerana saya percaya bahawa penghidratan yang betul mampu mengurangkan sebahagian besar masalah. Saya sangat suka rutin penghidratan saya, iaitu 8, 2, A3, 10, 9, 6, 5. Selesai rutin ini, saya sempurnakan dengan Sunscreen 5 untuk perlindungan kulit.

Saya sangat sarankan DR's Secret kepada setiap orang!

Selepas 1 bulan menggunakannya, kulit saya berasa lebih lembap, cerah dan pori kurang tersumbat

Elena Ko, 25

Ulasan DR's Secret - Elena Ko - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Elena Ko - selepas
Selepas

Sebelum menggunakan produk DR's Secret, kulit saya sangat kering, kusam dan bermasalah jerawat. Selepas 1 bulan mencuba, memang nampak banyak peningkatan. Kulit saya berasa lebih lembap, kelihatan lebih cerah dan kurang berjerawat. Saya semakin yakin dengan produk ini kerana ia membantu memperbaiki masalah kulit yang merunsingkan saya selama ini.

Saya paling suka Cleanser 1, saya anggap ini adalah produk pembersih muka terbaik yang pernah saya gunakan. Saya berasa selesa dengan buih yang banyak dan tidak meninggalkan rasa kering selepas membasuh muka. Saya menggunakannya bersama Miraglo Face untuk melembutkan dan membuang sel kulit mati supaya kulit saya lebih mulus dan gebu. Produk pembersihan sahaja memberikan kepuasan tinggi, anda boleh faham kenapa saya sukakan rangkaian produk ini.

Semua rakan dan ahli keluarga memuji bahawa kulit saya menjadi sihat, justeru saya lebih berkeyakinan. Saya tidak perlu lagi tutup dengan bedak, rasa segar dan boleh bernafas, seronok rasanya!

Saya tidak lagi mengalami masalah jerawat

Belinda Lim, 32

Ulasan DR's Secret - Belinda Lim - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Belinda Lim - selepas
Selepas

Semasa saya bekerja sebagai pramugari, kulit saya sangat sensitif dan dehidrasi akibat solekan tebal, tidak cukup rehat dan gaya hidup tidak teratur. Saya tidak berani keluar tanpa solekan, saya terpaksa solek tebal dan tambah bedak lagi dari semasa ke semasa. Disebabkan cara mencuci solekan yang tidak betul, muka saya penuh dengan jerawat. Saya berasa sedih pada masa itu.

Selepas menggunakan produk DR's Secret selama 3 bulan, saya perasan tahap penghidratan kulit saya meningkat dan kemerahan serta masalah sensitif bertambah baik. Kulit saya menjadi lebih stabil dan tidak lagi tumbuh jerawat. Produk kegemaran saya ialah Refining Serum 9 kerana ia membantu menenangkan kemerahan dan kepanasan. Selain itu, kulit saya menjadi lebih tegang!

Kini, saya telah menggunakan produk DR's Secret selama 1 tahun 9 bulan. Kulit saya semakin sihat dan berseri. Saya tidak perlu lagi memakai solek tebal semasa keluar. DR's Secret memang memberikan saya keyakinan walaupun tanpa mekap.

Selama 5 tahun saya dirunsing oleh masalah jerawat, akhirnya saya berjaya mengatasinya

Jessie Cheng, 24

Ulasan DR's Secret - Jessie Cheng - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Jessie Cheng - selepas
Selepas

Saya pernah dirunsing masalah jerawat, parut jerawat dan sebagainya selama 5 tahun. Saya mencuba banyak kaedah rawatan tetapi akhirnya gagal akibat rutin atau produk yang tidak sesuai. Saya terpaksa tutup dengan bedak sebelum berjumpa sesiapa. Kulit saya kelihatan kontras sangat sebelum dan selepas mekap.

Sehingga saya menemui produk DR's Secret, nasib saya mula berubah. Pada minggu pertama, proses metabolisme menyebabkan lebih banyak jerawat tumbuh, kulit juga kasar. Selepas 2 minggu, gejala ini hilang dan kulit saya seakan diperbaharui, nampak berseri-seri, terhidrat dan sihat. Sensasi ini belum pernah saya alami sebelum ini.

Produk kegemaran saya ialah Spot Serum 8, set AR Tabs A3 dan Miraglo Face.

Pengalaman saya juga memberi inspirasi kepada ahli keluarga dan rakan-rakan saya. Akhirnya, masalah kulit mereka juga diselesaikan. Saya benar-benar bersyukur kerana dapat bertemu dengan DR's Secret. Kini, saya berani tampil tanpa mekap.

Saya sudah menemui penyelesaian kepada masalah pori, jerawat dan parut yang berpanjangan

Chen Yi Wen, 29

Ulasan DR's Secret - Chen Yi Wen - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Chen Yi Wen - selepas
Selepas

Dulu, kulit saya jenis kombinasi tetapi lebih kepada kering dengan sedikit masalah kemerahan dan sensitif. Apabila cuaca terlalu panas atau memakai pelitup muka, pipi saya menjadi merah.

Selain kemerahan, saya juga kecewa dengan masalah pori membesar, bintik hitam dan kulit gelap kusam. Saya berasa kurang yakin dan mesti mekap atau memakai pelitup muka setiap kali keluar.

Saya telah menggunakan produk DR's Secret selama lebih daripada 1.5 tahun, bermakna saya telah membuang tabiat mekap selama 1.5 tahun. Produk kegemaran saya ialah Skinlight T3 dan Skinrecon T4 kerana ia membantu saya membina kulit yang cerah dan gebu.

Saya tidak sangka kulit saya boleh bertambah baik dalam masa 1 tahun. Saya juga tidak sangka rangkaian produk penjagaan kulit ini mampu menyelesaikan masalah pori, jerawat dan parut saya sekali gus. Kulit saya yang kini sudah elok bertambah baik secara berterusan.

DR's Secret mengurangkan kebergantungan saya kepada mekap

Lee Wen, 33

Ulasan DR's Secret - Lee Wen - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Lee Wen - selepas
Selepas

Sebelum menggunakan produk DR's Secret, kulit saya kusam, pori membesar dan kadang-kala berjerawat. Jerawat ini meninggalkan parut dan lubang yang mendalam sehingga warna kulit kelihatan tidak sekata.

Selepas menggunakan produk DR's Secret, kulit saya menjadi lebih bersih dan cerah. Tahap penghidratan juga meningkat. Dengan penjagaan yang konsisten, masalah tona kulit tidak sekata dan kusam juga diatasi.

Produk kegemaran saya ialah Refining Serum 9 kerana ia sangat menenangkan, mengecilkan pori sehingga kontur wajah saya kelihatan lebih kukuh.

Sebelum ini, saya bergantung pada mekap untuk menutup jerawat dan parut, ini telah memburukkan keadaan dengan pori membesar dan kulit kusam.

Selepas menggunakan produk DR's Secret, saya tidak perlu lagi mekap. Saya berharap untuk membuang foundation juga satu hari nanti. Rangkaian produk ini telah membantu saya menjadi lebih yakin dan turut memberi inspirasi kepada ahli keluarga dan rakan-rakan saya, mereka mulai memiliki kulit yang sihat dan berseri juga!

Bekas pramugari berjaya membuang ketagih "bedak", kulitnya kini segar dan berseri tanpa bedak asas

Sabrina Wong, 28

Ulasan DR's Secret - Sabrina Wong - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Sabrina Wong - selepas
Selepas

Sebagai bekas pramugari, saya dahulunya sentiasa mekap tebal justeru menyebabkan kulit saya kusam dan pucat dengan pori membesar. Walaupun saya membuat facial setiap bulan, bintik hitam dan jerawat tetap kembali. Saya fikir boleh tutup saja dengan mekap tetapi selepas tanggal mekap, saya berasa kecewa pula.

Selepas 2 bulan menggunakan produk DR's Secret, pembaikan masalah pori dan penghidratan dapat diperhatikan, kulit saya juga lebih cerah. Kini, saya telah menggunakan produk DR's Secret melebihi 1 tahun, bintik hitam dan jerawat memang sudah berkurangan. Apa yang paling menggembirakan ialah pori-pori saya menjadi lebih halus.

Produk kegemaran saya ialah Cleanser 1 kerana ia memberikan rasa segar dan terhidrat selepas digunakan. Khususnya digunakan bersama Miraglo Face yang menjadikan kulit saya lebih cerah dan terangkat.

Saya benar-benar menikmati keseronokan penjagaan kulit sekarang kerana ia memberikan kepuasan apabila melihat hasilnya!

Sebagai seorang lelaki, saya juga menghadapi masalah kulit…

Lu Yin Heng, 34

Ulasan DR's Secret - Lu Yin Heng - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Lu Yin Heng - selepas
Selepas

Dulu, saya sering mendapat pujian kerana memiliki kulit cantik. Walaupun saya yakin dengan kulit saya tetapi saya sedih apabila munculnya bintik hitam, pori besar, garis halus dan kedutan di sekitar mata dan dahi. Saya pernah mencuba pelbagai jenis produk, baik berjenama, dari farmasi, mahupun dari luar negara, tetapi saya masih tidak dapat menemui produk yang benar-benar mampu menyelesaikan masalah saya.

Sehingga saya bertemu dengan produk DR's Secret, kulit saya menjadi lebih berseri selepas seminggu penggunaan. Malah ramai yang menyedari bahawa kulit saya bertambah baik. Selepas 6 bulan, kulit saya sudah sangat stabil. Saya tidak menghadapi masalah jerawat dan pori besar lagi. Wajah saya kelihatan lebih kecil kerana kulit saya lebih tegang, Syoknya!

Mulakan penjagaan kulit lebih awal merupakan antara keputusan tepat dalam hidup saya.

Xiong Jia Yu, 24

Ulasan DR's Secret - Xiong Jia Yu - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Xiong Jia Yu - selepas
Selepas

Sejak akil baligh, saya diganggu masalah pori tersumbat, jerawat dan bintik hitam terutama di bahagian hidung, tona kulit saya juga tidak sekata. Kulit saya kelihatan kusam dan saya mesti memakai foundation sebelum berjumpa sesiapa.

Ibu saya memperkenalkan produk DR's Secret selepas dia mendapat hasil yang baik dengan menggunanya sendiri. Selepas beberapa hari penggunaan sahaja, saya dapat merasa kulit saya lebih bersih, mulus dan segar.

Walaupun saya mengalami beberapa reaksi seperti mengelupas dan kesemutan, ibu sayalah memainkan peranan Skin Buddy yang memberikan saya galakan dan nasihat untuk bersabar dengan fasa peralihan.

Selepas 1 bulan, 6 bulan dan sehingga kini 3 tahun, kulit saya bertambah baik dengan rasa lebih tegang, berseri dan tona kulit lebih sekata. Jeragat juga tidak tumbuh lagi.

Saya bersyukur kerana tabiat penjagaan kulit yang baik dipupuk sejak kecil lagi. Kini saya lebih berkeyakinan dan sahabat handai juga kagum dengan kulit saya yang kelihatan sihat!!

Jerawat teruk? Tidak lagi!

Lin Yan Jhen, 25

Ulasan DR's Secret - Lin Yan Jhen - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Lin Yan Jhen - selepas
Selepas

Saya pernah mengalami masalah jerawat yang teruk sehingga tidak berkeyakinan langsung dan tidak sanggup keluar atau bercakap dengan sesiapa.

Pada peringkat awal penggunaan produk DR's Secret, kulit saya juga mengalami fasa peralihan, hasilnya lebih banyak jerawat muncul. Saya benar-benar bimbang, takut dan bercadang menghentikan rutin saya.

Bagaimanapun, kakak saya (yang juga "Skin Buddy" saya) memberikan semangat dengan berkongsi kisah kejayaan pengguna lain yang berkeadaan lebih teruk. Ini memberikan keyakinan kepada saya untuk teruskan dengan produk ini.

Selepas 6 bulan, kulit saya bertambah baik dan jerawat tidak lagi merebak. Parut jerawat pun semakin pudar. Kini, saya berasa gembira dan yakin dari dalam hati saya!

Selepas 10 tahun mekap tebal, kini saya buang bedak

Tian Yu Ann, 31

Ulasan DR's Secret - Tian Yu Ann - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Tian Yu Ann - selepas
Selepas

Disebabkan kerja sebagai pramugari sebelum ini, perubahan zon masa dan cuaca telah mengakibatkan masalah kulit saya - pori membesar, jerawat dan warna kulit gelap. Saya sering kelihatan letih dan untuk penampilan yang lebih baik semasa kerja, saya terpaksa memakai mekap tebal.

Saya juga melalui fasa pembaharuan kulit, yang mana kulit saya kelihatan lebih gelap pada bulan pertama. Skin Buddy saya menjelaskan bahawa kotoran yang telah berkumpul 10 tahun akibat solekan tebal perlu disingkirkan. Dia sentiasa memberikan galakan kepada saya, sama seperti sahabat karib.

Galakan Skin Buddy saya membantu untuk lebih yakin dengan produk DR's Secret. Selepas beberapa bulan, masalah pori saya bertambah baik dan kulit saya kelihatan berseri dan mulus.

Ramai rakan bertanya tentang jenama foundation yang saya gunakan. Saya memberitahu mereka bahawa saya hanya menggunakan produk penjagaan kulit dan pelindung matahari sahaja! Saya memang tidak mekap sekarang!

Dari penagih mekap kepada pengemar sifar mekap

Kylie Lim, 32

Ulasan DR's Secret - Kylie Lim - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Kylie Lim - selepas
Selepas

Sebelum ini, saya sangat bergantung pada mekap, baik pergi kelas yoga mahupun menaiki kapal terbang pada lewat malam pun nak pakai mekap.

Dalam jangka panjang, kulit saya menjadi sangat sensitif dan saya mula mengalami kemerahan, kulit gelap, pori membesar dan bintik hitam.

Apabila kawan memperkenalkan produk DR's Secret, saya ragu-ragu tentang keberkesanannya.

Tetapi benar, selepas menggunakan produk DR's Secret selama 1 bulan, kulit saya tidak lagi kelihatan gelap dan lebih terhidrat. Selepas 2 bulan, pori-pori saya kelihatan lebih bersih, kecil dan bintik-bintik hitam juga hilang. Saya juga berani pergi bekerja tanpa mekap sekarang. Dengan masa 3 bulan sahaja, kulit saya kelihatan lebih cerah dan berseri-seri secara semula jadi!

Daripada penagih mekap, kini saya pengemar sifar mekap!

Mengubah nasib kulit saya bermakna mengubah hidup saya

Fang Ye Qing, 32

Ulasan DR's Secret - Fang Ye Qing - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Fang Ye Qing - selepas
Selepas

Jerawat yang banyak menyebabkan saya rasa kurang yakin. Saya sering murung, tidak suka bercakap dan mengelakkan diri daripada kawan-kawan.

Secara kebetulan, saya diperkenalkan dengan produk DR's Secret dan mendapat manfaat selepas 10 hari menggunakannya. Kulit saya tidak lagi berminyak dan berasa bersih. Selepas sebulan, jerawat saya hilang dan dalam masa 3 bulan, bekas jerawat yang degil juga semakin pudar. Kulit saya kelihatan berseri dan licin sekarang.

Skin Buddy saya penyayang dan bertanggungjawab. Dia memberi tunjuk ajar tentang cara dan dos penggunaan yang betul dan saya ikut sahaja sebab saya yakin padanya. Akhirnya, saya mendapat hasil di luar jangkaan.

Kini, saya lebih sayangkan diri, ceria dan penuh dengan harapan dalam hidup.

DR's Secret menawan hati saya dengan 3 sebab ini

Iris Yang, 39

Ulasan DR's Secret - Iris Yang - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Iris Yang - selepas
Selepas

Sejak saya memulakan perniagaan dengan kawan, kerja saya sibuk dengan mesyuarat dan perjalanan ke sana sini. Ini menyebabkan kulit saya tidak stabil dengan masalah kering, pori membesar, kusam dan gelap.

Saya memang kagum dengan produk Dr's Secret kerana tiga sebab berikut:

Pertama, keberkesanannya. Dalam masa seminggu sahaja, saya dapat merasa kulit saya lebih terhidrat. Selepas setahun, kulit saya menjadi lebih cerah, lebih tegang dan pori-pori pun lebih kecil. Saya tidak pernah bertemu dengan produk yang begitu baik sebelum ini.

Kedua, menjimatkan masa saya. Saya mengikuti rutin di rumah sahaja dengan langkah mudah untuk mencapai hasil yang baik. Ini sangat membantu dalam pengurusan masa.

Ketiga, saya mendapat sepasang (suami isteri) perunding kulit peribadi. Mereka membantu saya menyelesaikan segala masalah tentang penjagaan kulit, respon mereka cepat, seperti rakan yang sentiasa di sisi.

Sekarang, kulit saya lebih gebu dan berseri, nampak lebih muda dan yakin.

Kawan-kawan wanita juga iri hati dengan kulit saya yang cantik

Brian Jaow, 28

Ulasan DR's Secret - Brian Jaow - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Brian Jaow - selepas
Selepas

Penggunaan produk steroid yang tidak betul menyebabkan kulit saya sangat sensitif, pipi saya boleh nampak urat merah/saluran darah, kemerahan dan ruam.

Keadaan ini berterusan selama 2 tahun dan sangat mempengaruhi mood saya. Saya telah mencuba banyak produk dan berjumpa doktor tetapi tidak membawa hasil. Akhirnya, kakak saya sarankan produk DR's Secret.

Pada mulanya, saya agak keliru dengan rutin penjagaan kulit, mujur Skin Buddy saya memberi tunjuk ajar langkah demi langkah dengan penuh sabar. Dia juga mengajar cara melaraskan rutin apabila keadaan kulit bertambah baik.

Selepas 2 minggu, masalah kemerahan dan urat merah berkurangan. Kulit saya menjadi lebih sihat selepas penggunaan yang berterusan. Kini, saya telah menggunakan produk DR's Secret lebih daripada setahun, saya sudah mahir melaraskan rutin saya. Saya sangat berpuas hati dengan keadaan kulit saya sekarang. Malah rakan-rakan wanita juga iri hati dengan kulit saya yang cantik ini!

Saya berputus asa dengan masalah kulit kering saya akibat genetik sehingga saya bertemu dengan DR's Secret

Qiu Rui, 32

Ulasan DR's Secret - Qiu Rui - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Qiu Rui - selepas
Selepas

Masalah kulit kering saya disebabkan genetik, adik-beradik saya juga mempunyai masalah yang sama sejak kecil lagi. Keadaan ini menyebabkan wajah saya penuh dengan jeragat dan bintik hitam.

Saya faham bahawa penyelesaian bagi masalah ini adalah kelembapan. Selepas 2 minggu saya menggunakan produk DR's Secret, saya mulai mengesan perbezaannya dengan kulit yang lebih lembap sepanjang hari.

Selepas 8 bulan saya menggunakan produk ini, ramai kawan sangka saya tukar bedak asas baharu kerana kulit saya kelihatan segar dan berseri-seri secara semula jadi. Saya sangat bangga dan memberitahu mereka bahawa saya tidak pakai bedak asas.

Produk kegemaran saya ialah C15 Essence 7 dan Skinlight T3 kerana ia berkesan untuk memudarkan bintik-bintik hitam di samping mencerahkan warna kulit saya. Kini saya lebih yakin dan kulit saya berasa lebih bersih, segar dan bercahaya.

Daripada seorang ibu yang penat dengan empat orang anak, kini kelihatan cantik berseri

Lee Pei Pei, 34

Ulasan DR's Secret - Lee Pei Pei - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Lee Pei Pei - selepas
Selepas

Sebagai seorang ibu kepada 4 orang anak, saya hampir tidak ada masa untuk menjaga diri, apatah lagi menjaga kulit. Saya sering kelihatan letih, kulit saya kusam dan gelap. Rakan-rakan sentiasa mengatakan bahawa saya macam orang berlainan sebelum dan selepas mekap.

Selepas menggunakan produk DR's Secret selama 3 bulan, saya nampak hasil yang ketara. Tona kulit saya menjadi lebih cerah, kulit saya kelihatan lebih sihat dan cerah secara semula jadi. Kini, saya cuma perlu pakai pelindung matahari dan gincu sahaja untuk keluar, tanpa alas bedak!

Saya tidak lagi kelihatan kontras sebelum dan selepas mekap

Sammi Tsai, 37

Ulasan DR's Secret - Sammi Tsai - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Sammi Tsai - selepas
Selepas

Dulu, kulit saya gelap, bahagian pipi kendur pulak. Oleh itu, saya suka menutup dengan mekap dan apabila mekap ditanggalkan, saya berasa kecewa dan tidak berkeyakinan, berbeza sangat sebelum dan selepas mekap.

Selepas 1 bulan saya mencuba produk DR's Secret, keadaan mula berubah. Kulit saya lebih bersih dan terhidrat. Kurang daripada 6 bulan, semua kawan berkata bahawa saya nampak cantik.

Produk kegemaran saya ialah Refining Serum 9 kerana ia memperbaiki masalah pori dan meningkatkan keanjalan kulit saya termasuk bahagian mata. Saya suka Toner T2 juga kerana penghidratannya yang luar biasa, memberikan kulit gebu dan muda.

Saya tidak lagi kelihatan kontras sebelum dan selepas mekap. Kini, saya lebih suka tampil tanpa mekap dan tetap mendapat pujian kerana wajah yang berseri-seri!

Kulit kendur saya bertambah baik sehingga orang menyangka saya berjaya kuruskan badan

Hong Huei Ru, 33

Ulasan DR's Secret - Hong Huei Ru - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Hong Huei Ru - selepas
Selepas

Sejak melahirkan anak, saya memang tidak ada masa dan tenaga untuk menjaga kulit. Keadaan kulit saya menjadi semakin teruk, pori membesar, kulit dan kelopak mata juga kendur. Saya berasa kecewa dan bertekad untuk berubah.

Selepas menggunakan produk DR's Secret selama 6 bulan, saya mula nampak hasil yang ketara. Kulit saya menjadi lebih anjal dan cerah, pori pun semakin kecil, kawan-kawan sangka saya telah berjaya menguruskan badan! Refining Serum 9 ialah produk kegemaran saya, saya pakai setiap hari kerana ia membantu menegangkan kulit saya.

Kini, hati saya lega dan lebih yakin apabila berdiri di depan cermin!

Saya telah mencuba pelbagai produk tetapi hanya DR's Secret yang memberikan saya keyakinan

Tyra Wu, 22

Ulasan DR's Secret - Tyra Wu - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Tyra Wu - selepas
Selepas

Saya mula menggunakan produk penjagaan kulit sejak umur 12 tahun. Saya guna apa sahaja kawan sarankan. Hasilnya, kullit saya menjadi sangat sensitif dan jerawat berleluasa.

Apabila beralih kepada produk DR's Secret, jerawat saya bertambah dan saya faham ini adalah proses pembaharuan kulit. Selepas satu bulan, kulit saya bertambah baik dan menjadi semakin cantik.

Saya mendapati Moisturizer 6 dan Refining Serum 9 sangat membantu dalam menenangkan dan memulihkan kulit sensitif saya. Saya juga suka Spot Serum 8 kerana ia memperbaiki masalah jerawat saya. Kulit saya tidak lagi berasa kering dan sensitif.

Kini, saya lebih yakin dari dalam ke luar!

Bagaimana saya mengatasi masalah kulit gelap dan kendur selepas bersalin

Wang Hui Ting, 32

Ulasan DR's Secret - Wang Hui Ting - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Wang Hui Ting - selepas
Selepas

Saya mula bergelut dengan masalah jeragat dan jerawat sejak zaman sekolah lagi. Apabila saya hamil pada 3 tahun yang lepas, kulit saya mula menjadi gelap. Paling teruk, ia menjadi kendur selepas bersalin, nampak tua sangat.

Sebaik sahaja mencuba produk DR's Secret selama 1 minggu, saya dapat merasa kesan positifnya. Cleanser 1 memberikan pembersihan yang mendalam tanpa meninggalkan rasa ketat atau kering. Kulit saya berasa licin dan lembut. Saya juga suka Toner T2 dan Moisturizer 6 memandangkan kulit saya sangat kering selepas bersalin, kedua-dua produk ini sangat menghidratkan. Selepas 1 minggu sahaja menggunakan produk DR's Secret, kulit saya betul-betul terhidrat.

Dulu, saya tidak sanggup keluar tanpa mekap. Selepas menggunakan produk DR's Secret selama 6 bulan, saya buang semua mekap. Hanya dalam masa 1 tahun, kulit saya telah kembali anjal, ramai yang tidak percaya bahawa saya sudah menjadi seorang ibu.

Kini, saya berasa lawa saja walaupun tanpa mekap. Kawan-kawan juga kagum dengan wajah saya yang berkilauan sekarang!

Saya tidak perlu lagi hidup bersama pori membesar dan bintik hitam

Abby Tsai, 35

Ulasan DR's Secret - Abby Tsai - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Abby Tsai - selepas
Selepas

Sebelum ini, pori saya membesar, tona kulit tidak sekata dan bintik hitam juga jelas di sekitar hidung. Disebabkan kulit yang sangat kering, garis-garis halus juga muncul. Keadaan ini menjadikan saya kurang berkeyakinan dan tidak berani keluar tanpa mekap.

Selepas menggunakan produk DR's Secret, semua masalah ini hilang. Garis-garis halus tidak nampak lagi dan kulit saya juga lebih berkilau sekarang. Produk kegemaran saya ialah Cleanser 1 dan Skinlight T3. T3 membantu dalam pembaharuan kulit dan memberikan penampilan berseri-seri.

Ada yang ingat saya menjalani pembedahan plastik, padahal saya tukar produk penjagaan kulit sahaja. Ramai juga yang mengatakan bahawa saya nampak berlainan kerana bersemangat dan muda. Sekarang, saya lebih gembira dan lebih positif.

Kulit saya yang dahulunya seperti "gurun" kini "berembun"

Eve Pek, 33

Ulasan DR's Secret - Eve Pek - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Eve Pek - selepas
Selepas

Kulit saya sangat kering sehingga sering mengelupas, kadang-kadang muncul tanda ekzema. Saya terpaksa menggunakan pelembap yang kuat sejak kecil lagi. Saya sentiasa berasa kulit gatal dan menggarunya sehingga meninggalkan parut. Saya mula menggunakan produk Dr's Secret semasa saya mengandung, kerana memang kurang yakin pada masa itu.

Toner T2 dan Moisturizer 6 sangat membantu dalam masalah kulit kering ini. Produk ini sangat melembapkan, menenangkan kulit saya dan menyerap dengan cepat. Saya juga sangat suka C15 Essence 7 kerana ia membantu mencerahkan warna kulit saya di samping memudarkan parut dan pigmentasi. Ia menjadikan kulit saya kelihatan mulus dan berseri-seri sepanjang masa.

Kini, saya hanya menggunakan pelindung matahari dan sedikit mekap di mata dan bibir sahaja semasa keluar. Siap dalam masa 5 minit, jimat masa!

Kegigihan merupakan antara sebab saya mengatasi masalah kulit sensitif

Amber Pek, 32

Ulasan DR's Secret - Amber Pek - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Amber Pek - selepas
Selepas

Kulit saya sangat sensitif, wajah saya sering kelihatan berjerawat, kemerahan dan muncul ruam yang menyerupai lepuh. Saya terpaksa menutup masalah-masalah ini dengan mekap yang tebal.

Kakak saya yang memperkenalkan DR's Secret. Pada minggu pertama, kulit saya mengalami "fasa pemulihan" dan muncul gejala pengelupasan, kasar dan gatal. Saya bercadang untuk berhenti tetapi kakak saya memberikan galakan untuk terus mencuba. Akhirnya, kulit saya mendapat penambahbaikan yang hebat.

Moisturizer 6 banyak membantu saya kerana sifatnya yang menenangkan, terutamanya dalam mengatasi masalah kemerahan. Dua lagi produk kegemaran saya ialah C15 Essence 7 dan Skinlight T3. Kedua-dua produk ini membantu mencerahkan dan menyekatakan tona kulit saya, memberikan saya penampilan sihat dan berseri-seri.

Saya nampak pembaikan dalam masa 1 bulan sahaja. Kini, wajah saya tidak kegatalan dan kemerahan lagi. Saya suka wajah tanpa mekap, rasa selesa. Semua rakan saya hairan apabila menampak perubahan ini, mereka juga kagum dengan kulit yang begitu cerah walaupun tidak memakai bedak asas!

Saya tidak perlu lagi menghabiskan masa berjam-jam untuk menutup cela saya

Chloe Chen, 28

Ulasan DR's Secret - Chloe Chen - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Chloe Chen - selepas
Selepas

Sebagai seorang perunding kecantikan, saya mementingkan penampilan. Saya mempunyai kulit yang mudah berjerawat dan terpaksa memakai pelitup muka untuk menyembunyikan masalah ini.  Saya telah mencuba banyak produk tetapi hasilnya tidak memuaskan. Ini menjadikan saya lebih tidak yakin dan memakai pelitup muka sepanjang masa saya bekerja.

Setelah melihat pengalaman berjaya seorang rakan yang menggunakan produk DR's Secret, saya membuat keputusan untuk mencubanya. Pada bulan kedua, kulit saya semakin cerah tetapi bekas jerawat masih ada. Pada bulan keempat, semua orang tertanya-tanya apa rahsia saya. Saya suka Skinlight T3 dan Spot Serum 8 kerana ia mampu mengawal keadaan jerawat saya dan membuang bekas jerawat sekali gus.

Sekarang, saya tidak perlu menggunakan masa sejam untuk solek, semua beres dalam masa 5 minit kerana saya boleh keluar tanpa mekap.

Tompok hitam dan pigmentasi merupakan cabaran terbesar saya, tetapi kini tidak lagi

Mayah Shen, 38

Ulasan DR's Secret - Mayah Shen - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Mayah Shen - selepas
Selepas

Kulit kering dan pigmentasi adalah masalah utama saya secara genetik. Kesibukan kerja dan tidak cukup tidur menyebabkan kulit saya lebih kering, gelap, kendur dan kusam. Semasa saya hamil, keadaan ini bertambah teruk. Ketika kawan memperkenalkan DR's Secret, saya teragak-agak tetapi akhirnya terpengaruh kerana kulitnya sangat cantik.

Produk kegemaran saya ialah Skinlight T3, C15 Essence 7 dan AR Tabs A3. Skinlight T3 membantu saya mencerahkan warna kulit dalam masa sebulan sahaja manakala C15 Essence 7 memudarkan bintik hitam dan lingkaran hitam saya. Kulit kendur saya diselamatkan oleh AR Tabs A3 dalam bulan pertama saya menggunakannya. Secara keseluruhan, kulit saya menjadi lebih cerah dan kelihatan bersemangat selepas satu bulan sahaja.

Rakan-rakan yang menyedari perubahan ini kagum dengan wajah saya yang tidak memakai bedak!

Setelah mencuba pelbagai cara, akhirnya saya menemui penyelesaian untuk bekas jerawat dan pori membesar

Wei Yu-Han, 28

Ulasan DR's Secret - Wei Yu-Han - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Wei Yu-Han - selepas
Selepas

Sebagai seorang jururawat, kerja saya sangat sibuk dan hidup saya tertekan. Keadaan ini menyebabkan kulit saya sensitif dan jerawat berleluasa. Saya telah mencuba banyak cara untuk merawatnya tetapi gagal. Saya terpaksa teruskan dengan mekap yang tebal.

Tetapi produk DR's Secret sangat berbeza, Refining Serum 9 telah mengurangkan kemerahan dan memberikan penghidratan di samping memperbaiki keadaan kulit sensitif saya. Selain itu, ia menghaluskan parut jerawat dan pori-pori besar yang saya fikir cabaran terbesar bagi saya.

Selepas 3 bulan, jerawat saya semakin berkurangan. Dengan keadaan kulit yang semakin baik, saya menjadi lebih yakin dan positif, tekanan kerja juga berkurangan. Kulit saya berasa selesa kerana tidak perlu mekap tebal lagi.

Kulit saya yang sedia sihat menjadi lebih sihat

Su Yu, 22

Ulasan DR's Secret - Su Yu - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Su Yu - selepas
Selepas

Saya mempunyai kulit yang cukup baik tetapi kelihatan sedikit kusam sahaja. Saya mencuba banyak produk tetapi tidak memberikan hasil sehingga saya bertemu dengan DR's Secret, saya kagum apabila pori-pori di zon T menjadi semakin halus dan kulit saya lebih bersih dan kurang kusam.

Saya amat suka Skinlight T3 kerana ia membantu saya mengatasi masalah kulit kusam, gelap, dan tona tidak sekata. Dua lagi produk kegemaran saya ialah Miraglo Face dan Sunscreen 5. Miraglo Face memberikan rasa bersih dan mulus manakala Sunscreen 5 mampu mencerahkan kulit di samping memberikan perlindungan matahari. Biasanya, saya tidak pakai apa-apa lagi selepas langkah ini.

Dalam masa 1 bulan, saya mula nampak hasil. Kini, saya berasa yakin untuk tampil tanpa mekap, rasa seronok!

Sifat kulit saya berubah daripada mudah berjerawat kepada tidak mudah berjerawat

Zhang Hong, 24

Ulasan DR's Secret - Zhang Hong - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Zhang Hong - selepas
Selepas

Dulu, saya suka mekap tetapi tidak pandai menanggalkannya dengan cara yang betul. Natijahnya, pori tersumbat, jerawat berleluasa dan pori-pori membesar, terutamanya di zon T.

Pada peringkat awal menggunakan produk DR's Secret, kulit saya menjalani proses pembersihan dan banyak jerawat tumbuh. Saya tidak berputus asa dan akhirnya keadaan jerawat bertambah baik. Sekarang, saya jarang tumbuh jerawat kecuali tempoh haid. Saya sangat suka Refining Serum 9 kerana ia mengukuhkan kulit saya sehingga wajah saya nampak kecil.

Walaupun saya hanya menggunakan DR's Secret selama 3 bulan, rakan-rakan saya dapat melihat perbezaannya dan memuji bahawa kulit saya semakin gebu. Kini, saya tidak perlu lagi melitup dengan bedak asas, keluar dengan wajah tanpa mekap je!

Dengan kulit yang lebih sihat, kini saya boleh jimatkan bahan mekap

Venessa Chua, 30

Ulasan DR's Secret - Venessa Chua - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Venessa Chua - selepas
Selepas

Sebelum ini, warna kulit saya tidak sekata dan gelap, jerawat sering tumbuh di zon T dan bahagian dagu. Saya terpaksa menutup dengan bb cream atau foundation yang tebal-tebal, terutamanya pergi kerja yang perlu berdepan dengan pelanggan.

Produk DR's Secret kegemaran saya ialah Spot Serum 8 yang mampu mengatasi masalah jerawat dan mengawal minyak di sekitar dagu saya. Saya juga suka kain Miraglo yang membantu pengelupasan supaya kulit berasa lebih kukuh selepas digunakan. Begitu juga dengan Sunscreen 5 yang memberikan kekilauan semula jadi pada wajah saya.

Selepas sebulan menggunakan produk DR's Secret, kulit saya lebih stabil dengan jerawat berkurangan dan tona kulit lebih sekata. Kini, saya bangun setiap pagi dengan mood yang baik dan lebih yakin kerana keadaan kulit saya sangat memuaskan.

Saya berani tampil dengan wajah tanpa mekap sekarang

Lucy Chang, 29

Ulasan DR's Secret - Lucy Chang - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Lucy Chang - selepas
Selepas

Sebelum ini, kulit saya gelap, pori membesar dan kelihatan letih. Saya perlu memakai mekap tebal setiap hari, tetapi sesampai saja waktu petang, kulit saya mula kelihatan berminyak dan saya terpaksa menambah mekap lagi.

Sejak menggunakan produk DR's Secret, pori saya menjadi halus dan kulit saya lebih cerah. Saya memang suka Cleanser 1 kerana ia tidak memberikan rasa ketat selepas mencuci. Refining Serum 9 membantu saya mengecilkan pori, terutamanya di sekitar hidung dan pipi yang penuh dengan bintik hitam.

Setelah 1 bulan, semua kawan bercakap: "Kamu nampak berbeza saja, muka nampak berseri dan segar." Suami saya pun keliru sama ada saya mekap sedangkan saya tidak memakai bedak. Kini saya tidak takut lagi keluar tanpa mekap, petang-petang pun tak ada masalah keluar minyak dan bedak. Seronok sangat dengan rasa segar dari pagi sampai malam!

Kulit saya kelihatan putih dan cerah, macam boleh bernafas

Fang Yuan

Ulasan DR's Secret - Fang Yuan - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Fang Yuan - selepas
Selepas

Masalah utama saya ialah pigmentasi, garis halus di sekeliling mata dan kulit gelap.

Saya telah mencuba banyak produk tetapi tiada penambahbaikan. Selepas menggunakan produk DR's Secret, bintik-bintik hitam saya semakin pudar. Disebabkan kelembapan yang tinggi, garis-garis halus juga mulai berkurangan. Saya paling suka Skinlight T3, Skinrecon T4, Moisturizer 6, Sunscreen 5 dan C15 Essence 7. Setiap kali saya sapu 2 hingga 3 pam Moisturizer 6, kulit saya akan berasa sangat terhidrat.

Dahulu, saya suka pakai mekap untuk tutup bintik hitam saya. Sekarang kulit saya kelihatan cerah dan macam boleh bernafas. Saya yakin untuk berkata: saya suka wajah tanpa bedak!

Kulit saya jauh lebih stabil sekarang berbanding wajah berjerawat dahulu

Lin Wen Qi

Ulasan DR's Secret - Lin Wen Qi - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Lin Wen Qi - selepas
Selepas

Masalah jerawat yang berulang memang menjadi igaun ngeri saya. Saya telah mencuba banyak penyelesaian, tetapi kesannya untuk jangka pendek sahaja. Saya juga pernah mencuba rawatan yang mahal, malangnya kulit saya menjadi semakin nipis dan sensitif.

Pengalaman berjaya kawan Skin Buddy saya telah memberikan galakan kepada saya untuk mencuba produk DR's Secret. Skin Buddy saya meminta saya mulakan dengan rejim penyaman untuk menenangkan kemerahan kulit saya, kemudian menambahkan Skinlight T3 dan Spot Serum 8 secara beransur-ansur untuk membuang jerawat dan parutnya. Walaupun terdapat reaksi fasa pembersihan tetapi saya tidak berputus asa.

Kini kulit saya jauh lebih stabil, tidak lagi berjerawat dan sensitif. Malah lebih putih dan berseri. Sudah setahun saya menggunakan produk DR's Secret, kini saya lebih berkeyakinan!

Dengan kegigihan dan kesabaran, saya mengucapkan selamat tinggal kepada kulit sensitif dan berjerawat

Huang Sih-Yu, 34

Ulasan DR's Secret - Huang Sih-Yu - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Huang Sih-Yu - selepas
Selepas

Dulu, saya sering bergelut dengan masalah kulit sensitif dan jerawat yang berulang-ulang. Saya telah mencuba banyak cara termasuk rawatan asid buah, rawatan perubatan, steroid dan sebagainya tetapi masalah-masalah ini tidak dapat diatasi malah menjadi lebih teruk.

Kemudian, perunding kecantikan saya memperkenalkan DR's Secret dan meminta saya ikut segala arahan dan melaksanakannya tanpa berputus asa. Memandangkan keadaan saya sudah teruk dan saya menaruh segala harapan padanya.

Dalam 3 bulan yang pertama, keadaan saya bertambah teruk kerana proses pembersihan yang normal. Saya hampir putus asa, mujur ibu saya yang menggunakan produk tersebut memperlihatkan kesan positif, di mana kulitnya menjadi lebih putih dan berseri. Perunding saya juga memberikan galakan dan menukar urutan penggunaan produk untuk saya.

Memang benar, keajaiban berlaku! Kulit saya menjadi lebih cerah dan masalah jerawat juga bertambah baik. Sehingga kini, saya telah menggunakan produk DR's Secret selama empat tahun. Saya bersyukur kerana tidak menyerah kalah pada masa itu, jika tidak, saya memang tidak boleh mendapat kulit yang baik seperti sekarang. Saya percaya, kita perlu bersabar dalam hal penjagaan kulit.

DR's Secret memberikan kecantikan dan keyakinan kepada saya

Chiu Yu-Hsi, 41

Ulasan DR's Secret - Chiu Yu-Hsi - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Chiu Yu-Hsi - selepas
Selepas

Sebelum ini, saya kurang memberi perhatian kepada penjagaan kulit. Saya menggunakan seketul sabun untuk mencuci seluruh badan. Memadai untuk saya sapu CC cream sebagai mekap. Saya tidak sedar bahawa tekanan dan emosi juga boleh mempercepatkan proses penuaan.

Atas saranan perunding kecantikan, saya mengenali DR's Secret dan membeli satu set produk daripadanya sebagai tanda sokongan. Mula-mula, saya tidak berani menggunakannya. Selepas memikirkan produk ini daripada Singapura yang sentiasa mematuhi peraturan, apa salahnya mencuba!

Selepas menggunakan produk selama sebulan, rakan-rakan mulai perasan bahawa kulit saya semakin berseri. Tompok-tompok hitam di muka mulai berkurangan. Dalam masa 10 bulan, wajah saya menjadi tegang dan anjal; eyebag dan garis halus juga berkurangan. Orang yang tidak dikenali pun bertanya tentang rahsia kulit saya yang hebat ini!

Sehingga kini, saya telah menggunakan produk DR's Secret lebih daripada tiga tahun, saya berasa lebih yakin setiap hari!

Saya telah berjaya menewaskan masalah sensitif dan berjerawat yang menggangu saya selama 13 tahun

Tsai Mei-I, 41

Ulasan DR's Secret - Tsai Mei-I - sebelum
Sebelum
Ulasan DR's Secret - Tsai Mei-I - selepas
Selepas

Untuk merawat masalah jerawat dan kulit sensitif yang mengganggu saya selama 13 tahun, saya sering berjumpa doktor, mengunjung salun kecantikan dan mengambil ubat tradisional. Kesemua ini tidak membantu tetapi memburukkan lagi keadaan.

Saya mula mengambil steroid dan Tretinoin. Penggunaan ubat oral ini dalam jangka panjang telah merosakkan metabolisme saya sehingga menyebabkan muka saya bengkak.

Pada masa itu, saya ialah seorang jururawat di klinik pergigian. Kebetulan saya nampak seorang pelanggan yang kulitnya cantik, saya tanyakan produk yang digunakannya, dari situ saya mengenali DR's Secret.

Saya mula menggunakan Skinlight T3, Spot Serum 8 dan Refining Serum 9. Dalam masa sebulan sahaja, perubahan positif diperlihatkan, semua rakan hairan dengan kulit saya yang begitu cantik sekarang! Terima kasih DR's Secret yang memberikan saya perubahan positif ini!