Kami mencadangkan agar anda memulakan dengan Kit Pemula kami dan berusaha menuju ke arah menjalankan rutin penuh. Sekiranya anda ingin penyelesaian yang lebih disesuaikan, anda boleh menghubungi kami di (maklumat pejabat kawasan yang boleh dihubungi) untuk diperkenalkan seorang Teman Kulit (juga seorang wakil jualan bebas dan pengguna sebenar) yang boleh menilai kulit anda dan membimbing anda cara menggunakan produk.
Ya, kami amat menggalakkan semua pengguna, terutama kepada pengguna baharu agar digandingkan dengan seorang Skin Buddy. Skin Buddy ini ialah wakil jualan bebas dan pengguna DR's Secret yang berpengalaman dalam menggunakan produk ini serta mendapat kulit sihat lagi berseri-seri.
Skin Buddy yang berpengalaman dan berpengetahuan mengenai produk ini boleh membantu anda menyesuaikan rutin penjagaan kulit anda dan memimpin anda cara memakai produk bagi mencapai hasil berbaik untuk kulit anda.
Sekiranya anda rasa kekok atau ingin menanya soalan pada bila-bila masa, sila kongsi dengan Skin Buddy anda dan bekerjasama untuk mendapat hasil yang diinginkan.
Umumnya, anda boleh melihat hasil dalam lebih kurang 1 bulan setelah pemakaian secara konsisten. Kulit kita memerlukan 28 hari untuk memenuhi putaran pembaharuan penuh (tempoh ini meningkat mengikut usia) dan kami galakkan penggunaan secara konsisten dari 3 hingga 6 bulan bagi hasil yang ketara.
Hasil individu bergantung pada keadaan kulit anda sekarang. Mereka dengan masalah kulit teruk memerlukan lebih lama dan mereka dengan asas kulit baik dapat melihat hasil dalam beberapa minggu.
Dalam jangka panjang, anda boleh lihat kulit anda menjadi semakin sihat dan segar.
Produk DR's Secret diformulasi agar sesuai dengan kebanyakan jenis kulit. Seorang Skin Buddy dicadangkan untuk membantu menilai kulit anda dan melaras rutin penjagaan kulit yang sesuai dengan keadaan kulit anda.
Jika anda risau mengenai sensitiviti, pastikan lakukan ujian sensitiviti dahulu dengan menyapu produk ini di bahagian telinga anda atau bahagian atas lengan anda untuk mengesan sebarang tanda reaksi atau alahan. Ini boleh membantu mengurangkan peluang mengalami gatal-gatal. Jika anda mempunyai alahan terhadap bahan-bahan tertentu, sentiasa baca label produk.
Sekiranya anda mengalami sebarang reaksi pada kulit ketika menggunakan produk ini,hentikan sebarang rutin intensif atau rawatan dengan serta-merta dan lakukan rutin pengkondisian untuk melegakan kulit. Jika reaksi berterusan atau semakin teruk, hentikan penggunaan dengan serta-merta dan dapatkan nasihat doktor.
Formulator mahiran kami menumpukan perhatian bagi memastikan sinergi antara bahan aktif supaya ia bekerja secara lancar dengan proses semula jadi kulit anda. Ini bermakna produk ini diformulasi untuk bekerjasama antara satu sama lain untuk saling melengkapi dan memberikan hasil terbaik.
Bagi mendapatkan hasil terbaik, kami mencadangkan agar anda tidak menggunakannya bersama jenama dan produk penjagaan kulit lain, terutama bagi pemula. Anda boleh pertimbangkan untuk memulakan rutin anda dengan kit pemula kami.
Teman kulit anda boleh mengenal pasti masalah sekiranya berlaku sebarang reaksi dan memberikan penyelesaian dengan pantas. Proses ini mungkin akan menjadi perlahan sekiranya produk lain digunakan dalam rutin anda kerana sukar untuk mengesan puncanya.
Ya, anda boleh membeli produk individu untuk mencuba sebelum membeli seluruh produk.
Sebagai permulaan, kami mencadangkan agar anda mencuba Kit Pemula kami dan berusaha menuju ke arah rutin penuh.
Jika anda inginkan pengalaman secara menyeluruh, kami cadangkan supaya anda mendapatkan penyelesaian yang disesuaikan daripada teman kulit anda (seorang wakil jualan bebas dan pengguna sebenar). Teman ini boleh menilai kulit anda dan membimbing anda cara menggunakan produk.
Sama seperti badan kita menjadi lemah apabila kita berhenti memberi ia dengan nutrien secukup, keadaan kulit kita akan menjadi lemah secara semula jadi tanpa jagaan dan pengekalan betul atau penjagaan kulit dihentikan.
Memandangkan kulit kita sentiasa berubah dan mengadaptasi kepada persekitaran dan umur kita, kami mencadangkan agar anda mengikut rutin penjagaan kulit dengan produk DR's Secret bagi mengekalkan kulit pada tahap optimum.
Lapiskan setiap lapisan produk dengan serta-merta tanpa menunggu lapisan sebelumnya kering. Produk DR's Secret diformulasi untuk bekerjasama dengan satu sama lain dan tiada masalah dalam melapiskan ia mengikut urutan. Anda boleh menggabungkan beberapa produk ini seperti diajar oleh Skin Buddy anda.
Hanya satu kekecualian iaitu Sunscreen 5 dan 5M kerana anda boleh memakainya dengan mudah apabila kulit basah. Setelah anda menyelesaikan rutin siang anda, biarkan kulit anda menyerap untuk beberapa minit sebelum memakai pelindung matahari.
Produk kami sesuai untuk wanita hamil dan kami mempunyai ramai wanita hamil menggunakan produk kami. Bagaimanapun, keadaan setiap individu adalah berbeza dan setiap kehamilan itu unik, kami mencadangkan agar anda dapatkan nasihat doktor anda untuk ketenangan fikiran. Sekiranya anda mempunyai alahan atau risau mengenai beberapa bahan, sentiasa baca label produk.
Kulit di sekeliling mata adalah lembut. Memakai bahan yang kuat mungkin akan menyebabkan gatal-gatal dan terlalu banyak nutrien di keliling mata mungkin akan menyebabkan beban berlebihan dan mempromosi pertumbuhan granula gemuk (milia). Kami mencadangkan agar elakkan menggunakan Moisturizer 6, Spot Serum 8 dan Skinlight T3 di keliling mata. Kami amat mengalakkan agar menggunakan Aestire Eye Cream yang diformulasi khas untuk kulit keliling mata.
Penjagaan harus dipraktikkan ketika menggunakan produk penjagaan kulit berhampiran mata. Sekiranya terkena pada mata secara tidak sengaja, serta-merta cuci mata dengan banyak air.
Maklumat tambahan:
Moisturizer 6: Tekstur yang kaya dan berat mungkin menutup skin lembut di sekeliling mata dan menyebabkan biji milia.
Spot Serum 8: Ia mengandungi bahan aktif yang menyasarkan bahagian jerawat pada kulit yang mungkin akan menyebabkan gatal-gatal di keliling mata.
Skinlight T3: Ia mengandungi AHA dan BHA yang mungkin menyebabkan gatal-gatal di keliling mata.
Selain daripada keberkesanan produk, keselamatan produk turut menjadi keutamaan kami. Anda boleh merujuk kepada artikel: Are DR's Secret products and ingredients safe? untuk maklumat lanjut mengenai cara kami memastikan keselamatan produk daripada formulasi kepada pembuatan kepada jaminan kualiti.
Tidak, kami tidak menggunakan bahan-bahan yang mengandungi hormon atau steroid dalam produk kami.
Produk kami diuji secara tahunan oleh SGS Taiwan Ltd bagi hormon, steroid dan 300 lebih panel ubat dari barat bagi memastikan tiada pencemaran hadir dalam formula produk kami.
Produk DR's Secret memfokuskan kepada merangsangkan proses pembaharuan semula jadi kulit daripada memberikan pembetulan secara pantas pada permukaan. Ini sebabnya perubahan jelas mengambil masa untuk dilihat. Tempoh pemulihan ini bergantung pada kesihatan kulit semasa individu dan tahap kerosakan kulit serta perbezaannya.
Ya, produk DR's Secret selamat digunakan dalam jangka panjang. Ramai pengguna kami telah bersama kami sejak jenama kami ini ditubuhkan dan masih menggunakan produk DR's Secret hingga hari ini.
Produk kami tidak menyebabkan kulit menjadi nipis. Semakin kita berumur, tahap pembaharuan kulit kita menjadi lemah. Produk DR's Secret membantu membuang sel kulit mati, minyak dan kotoran yang telah berkumpul pada permukaan kulit, menambahkan kadar pembaharuan kulit dan menyerikan kulit secara semula jadi.
Rutin pengkondisian kami turut memfokuskan terhadap memberikan khasiat kepada kulit dan menguatkan penghalang kulit anda. Apabila digunakan dengan betul, rutin ini membantu mengekalkan proses aktif pengelupasan kulit secara normal tanpa menipiskan kulit.
Tidak, bahan-bahan Dr's Secret dipilih dengan berhati-hati daripada alam dan inovasi saintifik bagi memberikan penyelesaian yang selamat dan efektif berhasil.
Penting untuk dinyatakan bahawa semula jadi tidak semestinya lebih bagus. Sumber sesuatu bahan tidak menentukan profil keselamatannya. Faktor-faktor seperti kualiti dan keaslian bahan, dos digunakan, kesesuaian formula dan produk akhir turut dinilai.
Selain memilih bahan semula jadi yang berkualiti tinggi, bahan aktif sintetik digunakan kerana ia mampu memberikan keselamatan dan hasil baik.
Selain daripada fungsinya, kami mengambil berat mengenai pengalaman penjagaan kulit. Sesetengah produk kami mengandungi aroma dan minyak pati semula jadi bagi menambahkan pengalaman pengguna dan membuatkan kulit semakin ceria. Sentiasa baca label produk sebelum guna sekiranya anda mempunyai alahan terhadap bahan khusus.
Penggunaan bahan awet bergantung kepada formula produk dan bentuk. Sebarang produk kosmetik yang mengandungi air akan memerlukan sistem pengawetan terhadap pencemaran bakteria. Ini membantu menjamin keselamatan produk bagi kegunaan manusia dan jangka hayat yang munasabah. Formula produk yang tidak mengandungi air tidak memerlukan bahan awet.
Bahan awet yang digunakan dalam formula kami adalah selamat dan dibenarkan dalam kosmetik menurut peraturan seperti ASEAN Cosmeti Directive and European Commission. Dinyatakan bahawa produk penjagaan kulit selalunya hanya memerlukan sedikit bahan awet untuk perlindungannya.
DR's Secret ditubuhkan di Singapura pada 2000. Produk kami dibuat di pelbagai kawasan, sila rujuk pada label produk anda atau laman web kami untuk maklumat lanjut.
Ya, berikut adalah senarai produk DR's Secret yang mengandungi bahan diambil daripada binatang. Sila ambil perhatian bahawa produk kami tidak mengandungi bahan diambil daripada porsin. Sebarang bahan daripada binatang adalah diekstrak daripada puith telur dan ikan
Pure Mask
Kolagen Hidrolisis daripada ikan
Eye Cream
Kolagen Hidrolisis daripada ikan
Refining Serum 9
Hydrolyzed Albumen daripada putih telur