diasaskan dengan kepercayaan bahawa setiap insan berhak memiliki keyakinan terhadap kulit sendiri.
Dengan rangkaian produk sulung ini, kami memperkenalkan falsafah penjagaan kulit kami, iaitu rangkaian produk yang mampu memulihkan kecantikan semula jadi anda dengan mudah sekali.
Kami berasa bangga untuk berkongsi teknologi revolusioner di sebalik DR's Secret Touch, peranti kecantikan yang membolehkan rawatan kulit secara profesional dalam keadaan selesa di rumah.
Produk bintang kami telah lahir!
Untuk memanjakan kulit anda dengan bahan semula jadi, kami membangunkan T-Series, iaitu produk yang menggabungkan ekstrak botani dan antioksidan hebat.
Bahan hebat.
Untuk hasil berganda.
Kami ingin memenuhi hasrat anda untuk memiliki kulit gebu dengan Refining Serum DR's Secret. Kombinasi sempurna ekstrak botani dan bahan aktif yang dipatenkan melahirkan produk #1 terlaris yang mampu
mentransformasikan kulit bermasalah kepada kulit tanpa kecacatan.
Rangkaian produk Aestier dilancarkan untuk menentang musuh umum semua orang: penuaan.
Dedikasi kami adalah menemukan bahan mentah terbaik dengan segala usaha, kerana kami tahu ia membawa manfaat kepada anda. Hydro Mask Aestier memberikan kelembapan tinggi dalam topeng bioselulosa halus-nano, kerana ia mengandungi ekstrak penapaian yang sangat menghidratkan, yang hanya terdapat di Antartika.
LIF dibangunkan sebagai generasi baharu Touch, dan menampilkan teknologi lebih inovatif dan berkesan dalam satu peranti.
Bukan senang untuk menambah baik sesuatu produk yang sudah hebat. Demi anda, kami telah berjaya melakukannya!
Kami mahukan yang terbaik untuk kulit anda, untuk tujuan ini, kami sentiasa mencari jalan bagi menyingkirkan bahan kimia yang membahayakan anda dalam produk kami.
Kami berjaya mencipta kejayaan dalam Pure Mask: sejenis topeng dengan penggunaan 2 langkah mudah. Ia hanya akan diaktifkan apabila bersentuhan dengan air. Ini memastikan semua bahan aktif kekal kering dan segar sehingga ia digunakan pada muka anda!
Kami bertukar wajah baharu sekarang!
Di dalam pembungkusan yang lebih premium ini terisi resipi rahsia yang direka khas dengan bahan semula jadi terunggul dan bahan aktif inovatif, untuk tujuan memberi nafas baharu kepada kulit anda.
Produk kami terus menawan hati pakar kecantikan. Refining Serum 9 dan Krim Mata kami telah memenangi anugerah Readers' Choice sebagai penyelamat wajah terunggul dalam mengecilkan pori/kawalan minyak dan serum/krim mata terbaik dalam Anugerah Kecantikan dan Kesejahteraan yang dianjurkan oleh majalah dalam talian “Beauty Insider” di Singapura.
Cantikkan Bibir Anda!
Kami melancarkan koleksi Bibir yang baharu untuk menonjolkan bibir anda.
Conditioning Lip Butter menyegarkan semula bibir kering dengan rumusan semula jadi manakala Lip Glacier memperkayakan dan menghiasi bibir dengan warna kristal berkilauan yang mempersonakan.
Menggabungkan teknologi penembusan-tinggi yang eksklusif dan bahan-bahan premium, kami melancarkan produk penjagaan mata yang baharu – Vitalising Eye Mask untuk mencergaskan, mencerahkan dan melegakan mata yang letih dan tertekan.
Rangkaian klasik kami dilengkapkan dengan pelancar Aqua Boost Serum 10 yang dirumus dengan 12 jenis Asid Hyaluronik (HA). Ia menghidrat secara mendalam dan memulihkan penghalang kulit bagi memulakan keadaan segar berseri.
Kulit hebat. Menambah keyakinan
Kulit hebat kini bukan lagi mimpi, tetapi realiti..
Anda juga berhak memiliki keyakinan dengan kulit tanpa alas bedak yang sempurna
Alami transformasi dan benarkan keyakinan anda terserlah, hari ini juga
Menyingkap Keajaiban 'Secret' (Rahsia)
Alamilah rasa cinta terhadap DR's Secret seperti mereka dan transformasikan kehidupan anda! Anda juga boleh menjadi seperti mereka tidak lama lagi.
Jangan simpan DR's Secret untuk diri sendiri sahaja!
Kongsikan rahsia kulit cantik dengan keluarga dan rakan-rakan anda sekarang!
Nota: Ini ialah gambaran umum garis masa dan sejarah jenama DR's Secret di peringkat antarabangsa. Sila semak ketersediaan dan kemas kini produk mengikut wilayah masing-masing.