logo DR's Secret
DR's Secret C15 Essence 7 DR's Secret C15 Essence 7 DR's Secret C15 Essence 7 DR's Secret C15 Essence 7

C15 ESSENCE 7

Esen Vitamin C berprestasi tinggi untuk mengembalikan keremajaan dan keserian

*Warna produk mungkin berbeza. Kualiti produk tidak terjejas.

*Produk kami mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa. Maklumat produk yang ditunjukkan di sini mungkin berbeza daripada pembungkusan produk, bergantung pada masa dan kawasan pembelian.

*Produk ini dikenali sebagai DR's Secret Brightening C Serum di China, dan DR's Secret C15 Essence di kawasan lain.

0.5 Fl. Oz / 15 ml

Buatan Korea





KEMBALI KE PRODUK



CARA PENGGUNAAN

  • Selepas pembersihan dan penyegaran, titikkan 10 hingga 12 titis pada tapak tangan.
  • Sapukan di seluruh muka dengan cara yang lembut.


AKTIF

  • Asid Askorbik (Vitamin C)
  • Mencerahkan warna kulit dan melindungi kulit daripada pencerobohan luar.


Propilena Glikol, Asid Askorbik, Ethoxydiglycol, Digliserin, Ceteth-20, Parfum (Pewangi)

*Produk kami mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa. Maklumat produk yang ditunjukkan di sini mungkin berbeza daripada pembungkusan produk, bergantung pada masa dan kawasan pembelian.




SOALAN LAZIM

Adakah C15 Essence 7 sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif?

C15 Essence 7 sesuai untuk kebanyakan jenis kulit kecuali kulit dengan jerawat aktif.

Jika anda risau mengenai sensitiviti, pastikan ambil ujian dahulu dengan memakai produk di belakang telinga anda atau di bahagian atas lengan anda bagi mengesan sebarang reaksi atau alahan. Ini boleh membantu mengurangkan peluang untuk mendapat gatal-gatal.



Pada usia berapakah saya boleh mula gunakan C15 Essence 7?

Umumnya, setelah usia 25 tahun, kolegan kulit kita mula menurun dengan cepat daripada yang dihasilkan. Kami mencadangkan agar menggunakan C15 Essence 7 bagi membina simpanan nutrien untuk membolehkan kulit kita menghasilkan kolagen secukupnya pada usia ini.

Kadar penuaan bergantung kepada genetik, persekitaran, warna kulit, pendedahan UV dan gaya hidup anda. Anda boleh menggunakan C15 Essence 7 dua ke tiga kali seminggu sekiranya anda berusia 20-an dan tingkatkan kekerapan penggunaan mengikut usia.



Saya boleh rasa panas sensasi apabila memakai C15 Essence 7 buat beberapa kali pada peringkat permulaan. Adakah ini normal? Bagaimanapun, rasa panas sensasi ini berkurangan dengan perlahan apabila saya terus menggunakan produk ini. Adakah ini juga normal?

C15 Essence 7 mempunyai kepekatan Vitamic C tinggi. Bagi memastikan ia berkesan, kami menstabilkannya dalam formula garam kontang (bebas-air). Campuran garam kontang ini menghasilkan haba apabila produk bersentuhan dengan kelembapan pada permukaan kulit seperti dirasakan sebagai sedikit rasa panas sensasi.

Selain daripada menstabilkan formula, rasa panas sensasi turut membantu melegakan rasa sedikit berdenyut daripada formula asid askorbik pekat.

Setelah menggunakan produk buat beberapa waktu, kulit anda mula mengadaptasi produk ini dan rasa sensasi panas mula hilang.



Bolehkah saya menggunakan C15 Essence 7 pada waktu siang?

Ya, pada waktu siang, bahan antioksidan kuat dalam C15 Essence 7 boleh membantu untuk meneutralkan kerosakan radikal bebas yang berpunca daripada pendedahan UV. Kami mencadangkan agar menggunakan C15 Essence 7 pada waktu siang diikuti pelindung matahari yang secukup.



C15 Essence 7 bertukar kepada warna kuning mengikut peredaran masa, adakah ini normal?

C15 Essence 7 ialah Vitamin C berprestasi tinggi yang mengandungi asid askorbik. Walaupun asid askorbik ialah antioksidan kuat yang memberikan banyak kebaikan kepada kulit, ia mudah terdedah kepada oksidasi. Mengikut masa dengan terdedah berterusan kepada udara akan menyebabkan oksidasi dan ia bertukar kepada warna kuning. Ini normal dan biasa dalam kalangan produk Vitaminn C yang pekat.

Menerusi penggunaan betul/normal, kualiti produk ini tidak akan terjejas. Bagi menghalang oksidasi tahap tinggi, amalan baik penggunaan produk Vitamin C adalah tutup penutup botol dengan ketat serta-merta setelah digunakan dan simpan di tempat yang sejuk, kering dan jauh daripada cahaya matahari.