Kami hanya menghantar ke Malaysia untuk pesanan dalam talian. Cari kedai / wakil jualan berhampiran anda di sini
Kami hanya menghantar ke Malaysia untuk pesanan dalam talian.
Cari kedai / wakil jualan berhampiran anda di sini
logo DR's Secret
DR's Secret Skinlight T3 DR's Secret Skinlight T3 DR's Secret Skinlight T3 DR's Secret Skinlight T3

SKINLIGHT T3

Menggabungkan ekstrak-ekstrak botani yang khusus untuk mencerahkan kulit.

*Warna produk mungkin berbeza-beza kerana keunikan bahan semula jadi. Kualiti produk tidak terjejas.

*Produk kami mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa. Maklumat produk yang ditunjukkan di sini mungkin berbeza daripada pembungkusan produk, bergantung pada masa dan kawasan pembelian.

0.5 Fl. Oz / 15 ml

Buatan Korea






CARA PENGGUNAAN

  • Selepas membersihkan dan menyegarkan, titikkan 10 hingga 12 titis* ke tapak tangan.
  • Sapukannya ke seluruh muka dengan cara yang betul dan lembut.
  • Gunakan sekali atau dua kali sehari, bergantung pada keperluan kulit.^
  • FUntuk hasil terbaik, gunakan bersama Skinrecon T4.





AKTIF

  • Ekstrak Buah Kiwi, Buah Anggur, Tebu dan Buah Oren
  • Merangsang mikro-eksfoliasi bagi menggalakkan pembaharuan kulit.



  • Ekstrak Akar Punarnava dan Asid Kojic
  • Menghalang penghasilan melanin untuk kulit yang cerah dan segar.



  • Ekstrak Meadowsweet
  • Membekalkan antioksidan dan mengembalikan penampilan awet muda.



  • Ekstrak Madu
  • Menenangkan dan menyuburkan kulit sepenuhnya.


Aqua (Air), Gliserin, Propilena Glikol, Ethoxydiglycol, Asid Kojic, Sodium Sitrat, Butilena Glikol, Ekstrak Madu, Sodium Laktat, Ekstrak Buah Vitis Vinifera (Anggur), Ekstrak Spiraea Ulmaria (Meadowsweet), Propanediol, Ekstrak Buah Vaccinium Myrtillus (Bilberi), Tetrasodium EDTA, Ekstrak Saccharum Officinarum (Tebu), Ekstrak Buah Actinidia Chinensis (Kiwi), Ekstrak Buah Citrus Aurantium Dulcis (Oren), Ekstrak Buah Citrus Limon (Lemon), Ekstrak Acer Saccharum (Maple Gula), Ekstrak Akar Boerhavia Diffusa (Punarnava).

*Produk ini mengandungi AHA dan BHA, iaitu bahan yang wujud secara semula jadi dalam ekstrak botani ramuan.

*Produk kami mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa. Maklumat produk yang ditunjukkan di sini mungkin berbeza daripada pembungkusan produk, bergantung pada masa dan kawasan pembelian.




SOALAN LAZIM

Adakah saya perlu menggunakan Skinlight T3 dengan Skinrecon T4?

Kami mencadangkan agar menggunakan Skinlight T3 denganSkinrecon T4. Kedua-dua produk ini diformulasi untuk saling melengkapi. Sunlight T3 stimulasi mikro-eksfoliasi pada permukaan kulit dan menggalakkan pembaharuan kulit sementara Skinrecon T4 menguatkan kulit dan memelihara sel kulit kita. Kedua-dua ini bekerjasama untuk membuatkan kulit kita sihat serta berseri-seri.

Bagi pemula, kami mencadangkan agar mencampur Skinlight T3 dengan Skinrecon T4 dan pakai serta perhatikan bagaimanakah kulit anda respon. Apabila kulit menjadi lebih stabil, anda boleh menggunakan T3 dan T4 secara berasingan bagi rawatan lebih intensif. Anda boleh berbincang dengan Skin Buddy anda untuk nasihat mengenai rutin yang sesuai untuk keadaan anda sekarang.



Adakah normal merasa sedikit rasa berdenyut apabila menggunakan Skinlight T3?

Ya, sesetengah orang mungkin mengalami sedikit rasa sensasi berdenyut dan ini normal. Skinlight T3 mengandungi asid ragam berkepakatan tinggi yang stimulasi mikro-eksfoliasi untuk menggalakan pembaharuan kulit. Rasa sensasi berdenyut ini reaksi fisiologi normal pada kulit terhadap deria stimulasi. Jika anda mempunyai kulit kering dan kurang hidrasi, rasa sensasi berdenyut ini sedikit kuat kerana kulit anda sedang menyerap produk ini dengan cepat. Rasa ini turut dirasai sekiranya anda mempunyai kulit pecah-pecah atau rasa terbakar yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.



Adakah Skinlight T3 sesuai untuk semua jenis kulit?

Skinlight T3 sesuai untuk semua jenis kulit. Bagaimanapun, berhati-hati menggunakan Skinlight T3 pada kulit sensitif. Kami mencadangkan agar bagi kulit sensitif, mulakan dengan rutin pengkondisian dan teruskan untuk menggunakan produk yang lebih intensif seperti Skinlight T3 apabila kulit menjadi lebih stabil.

Jika anda risau akan sensitiviti, pastikan untuk mengambil ujian sensitiviti dulu dengan memakai produk di bahagian belakang telinga anda atau pada bahagian atas lengan anda bagi mengesan sebarang tanda reaksi atau alahan. Ini boleh membantu mengurangkan peluang untuk mendapat gatal-gatal.



Warna Skinlight T3 seolah-oleh semakin lama semakin gelap. Adakah ini normal?

Skinlight T3 diformulasi menerusi percampuran ekstrak botani. Memandangkan ia diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan semula jadi, mungkin terdapat perbezaan warna semula jadi selang penuaian. Memang normal terdapat perbezaan warna antara kelompok pengeluaran.

Pigmen warna semula jadi dalam ekstrak botani ini juga menggelapkan secara semula jadi mengikut peredaran masa. Memandangkan tiada pewarna dimasukkan dalam formulasi, perubahan warna pigmen tumbuh-tumbuhan secara semula jadi ini boleh dilihat. Warna Skinlight T3 mungkin berbeza daripada warna kuning kepada perang pekat. Namun, ia tidak menjejaskan kualiti produk dan keberkesanannya.



Bolehkah saya berjalan di bawah cahaya matahari setelah memakai Skinlight T3?

Ya. Kami amat menggalakkan agar memakai pelindung matahari pada waktu pagi setelah menggunakan sebarang produk pencerah atau produk yang kaya dengan ekstrak botani. Gunakan jumlah secukup pelindung matahari 15 minit sebelum kulit terdedah pada cahaya matahari setelah memakai Skinlight T3.