Kami hanya menghantar ke Malaysia untuk pesanan dalam talian. Cari kedai / wakil jualan berhampiran anda di sini
Kami hanya menghantar ke Malaysia untuk pesanan dalam talian.
Cari kedai / wakil jualan berhampiran anda di sini
logo DR's Secret
DR's Secret Sunscreen 5 DR's Secret Sunscreen 5 DR's Secret Sunscreen 5 DR's Secret Sunscreen 5

SUNSCREEN 5

Pelindung matahari dengan kesan dewy untuk keserian semula jadi

SPF 30, PA+++, water-resistant

*Warna produk mungkin berbeza-beza kerana keunikan bahan semula jadi. Kualiti produk tidak terjejas.

*Produk kami mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa. Maklumat produk yang ditunjukkan di sini mungkin berbeza daripada pembungkusan produk, bergantung pada masa dan kawasan pembelian.

1 Fl. Oz / 30ml

Buatan Singapura





KEMBALI KE PRODUK



CARA PENGGUNAAN

  • Gunakan 15 minit sebelum terdedah kepada matahari.
  • Keluarkan 2cm ke belakang tapak tangan.
  • Guna hujung jari untuk titik secara rata pada muka dan leher.
  • Tekan dan urut perlahan-lahan dengan jari anda untuk sapuan yang sekata.
  • Buang krim yang berlebihan di kening.
  • Sapukan semula pada bila-bila masa apabila perlu, terutamanya selepas berpeluh, berenang atau lap muka dengan tuala.


AKTIF

  • Titanium Dioksida, Ethylhexyl Methoxycinnamate dan Ethylhexyl Salicylate
  • Memberi perlindungan tinggi* dan sesuai untuk hampir semua jenis kulit


*mematuhi piawaian EU


Aqua (Air), Titanium Dioksida (Nano), Ethylhexyl Methoxycinnamate, Digliserin, Ethylhexyl Salicylate, Dimethicone, Isohexadecane, Undecane, Lauryl PEG-9 Polydimethylsiloxyethyl Dimethicone, Dimethicone/PEG-10/15 Crosspolyteryl, Tridecane Caprylyl Glycol, Tocopheryl Acetate, Minyak Canola, Minyak Zea Mays (Jagung), Beta-Carotene, Asid Askorbik, Tocopherol, Phenoxyethanol, Chlorphenesin

*Produk kami mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa. Maklumat produk yang ditunjukkan di sini mungkin berbeza daripada pembungkusan produk, bergantung pada masa dan kawasan pembelian.




SOALAN LAZIM

Apakah perbezaan antara Sunscreen 5 dengan Sunscreen Matte 5M?

Sunscreen 5 memberikan kemasan segar semula jadi sementara Sunscreen Matte 5M memberikan kemasan matte segar dan mengawal minyak dengan lebih baik bagi mereka yang kulit berminyak.

Sunscreen 5 mengandungi SPR 30 dengan penarafan PA+++. Sunscreen 5M mengandungi SPF 30 dengan penarafan PA+.



Adakah SPF 25 cukup untuk aktiviti luar?

Ya. Umumnya, memakai pelindung matahari dengan SPF 25-30 pada kulit menawarkan kulit perlindungan yang cukup untuk aktiviti luar. Kami mencadangkan agar memakai pelindung matahari 15 minit sebelum keluar. Kekerapan memakai (sekurang-kurangnya setiap dua jam) dicadangkan jika anda berada di bawah matahari atau segera pakai setelah berenang atau berpeluh berlebihan.



Saya sentiasa berada dalam kawasan tertutup pada siang hari. Adakah saya masih perlu menggunakan pelindung matahari?

Ya. Sinar UV boleh menembusi tingkap. Kami mencadangkan agar anda memakai pelindung matahari pada waktu siang walaupun anda mungkin berada dalam bangunan kebanyakan masa.



Berapa kerapkah harus saya memakai pelindung matahari dalam sehari?

Kulit kita merembas peluh dan sebum serta menggabungkannya dengan sentuhan fizikal sepanjang hari. Tidak dapat dielakkan bahawa lapisan pelindung matahari kita akan berkurangan. Oleh itu, dicadangkan memakai semula pelindung matahari dengan kerap dan bila diperlukan. Jika anda berada di luar, kerap pakai sekurang-kurangnya setiap dua jam. Penambahan semula setelah berenang dan berpeluh berlebihan juga diperlukan.



Adakah saya perlu mencuci muka saya lagi sekali sebelum memakai semula pelindung matahari? Bolehkah ia dipakai di atas solekan?

Jika anda berada di luar dan tidak memakai solekan, gunakan tisu muka untuk lap sebarang peluh atau rembesan sebum pada permukaan. Gunakan penghapus minyak jika perlu. Diikuti dengan pemakaian semula pelindung matahari.

Jika anda memakai solekan, kami mencadangkan agar memakai semula pelindung matahari dengan aplikator kusyen setelah membuang sebarang kekotoran pada muka. Cara ini kurang menjejaskan solekan anda dan memberikan lebih liputan. Bergantung pada keadaan kulit anda, anda mungkin betulkan solekan anda.



Adakah Titanium Dioksida dan/atau Zink Oksida dalam pelindung matahari DR's Secret mempunyai nano atau butiran mikro?

DR's Secret Sunscreen 5 diformulasi dengan partikel nano Titanium Dioksida sementara DR's Secret Sunscreen Matte 5M diformulasi menggunakan partikel nano Titanium Dioksida dan Zink Oksida.

Titanium Dioksida dan Zink Oksida adalah bahan aktif pelindung matahari, turut dikenali sebagai "penghalang fizikal" yang menghalang dan menaburkan sinar UVA/UVB. Bukti mencadangkan bahawa Titanium Oksida dan Zink Oksida tidak menembusi kulit sihat dan tidak memberikan risiko sistemik kepada kesihatan manusia disebabkan pendedahan kulit. (Lademann 1999, Borm 2006, Sadrieh 2010, Gulson 2012). The U.S. Food and Drug Administration (FDA) turut mengesyorkan bahawa Titanium Oksida dan Zink Oksida diklasifikasi sebagai selamat dan efektif untuk digunakan sebagai pelindung matahari.

Penggunaan Titanium Oksida dan Zink Oksida saiz-nanopartikel meningkatkan kejernihan menjadikan ia sesuai untuk kulit dan mengekalkan perlindungan cahaya matahari yang efektif. Tambahan, partikel Titanium Oksida dan Zink Oksida yang lebih kecil memberikan pengumpulan padat pelindungan cahaya matahari yang aktif pada permukaan kulit serta meliputinya dengan sekata. Partikel nano dalam pelindung matahari kekal berada pada permukaan atas kulit anda dan tidak menembusi kulit. (NanoDerm 2007, Sadrieh 2010, TGA 2017)

Saiz nano-partikel Titanium Oksida dan Zink Oksida dalam produk pelindung matahari kami tidak berisiko kepada kesihatan manusia dan selamat digunakan setiap hari.